Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, May 26, 2013

Halal ke haram? Anda memilih!

oh indahnya pagi!alhamdulillah!

baru2 ni..diizinkan Allah utk aku pergi ke sebuah tmpat mmbeli belah di ibu kota (maaf,identiti tempat ini dirahsiakan kerana dikhuatiri akn tmbul perasaan riak = =' )
ermm..disebabkan poket yg mula menebalkan diri..dan keterujaan utk berjalan-jalan..bershopping sakanlah aku di situ sambil cuci2 mata =)

entah kenapa..terasa nak berjalan-jalan di tempat barangan dapur..then mata ni terhenti kat dua insan yg aku kira mgkin baru bergelar raja sehari..inai di jari si isteri pun masih merah lagi..barangkali ini baru pertama kali mereka keluar beli barangan dapur bersama2 kerana aku dpt lihat si isteri masih malu2..tak kurang juga si suami yang tersengih kerang sedari tadi..*apahal skema sgt ni mashitah?*
ah!jelesnya aku!aku teruskan berjalan dan biarkan mereka berdua merasai kenikmatan di jalan yg Allah redha..

jalan punya jalan tanpa kenal erti penat dan jemu..haish..kalau blajar cepat je mengalah dgn nafsu..kalau berjalan mmg no 1 la!mata aku trhenti lagi kat dua insan yg aku rasa mungkin mereka pasangan kekasih..gerak geri dan tindak tanduk mereka membuat aku berasa loya,mual2 dan terasa hendak pitam..barangkali penat berjalan dari pagi tadi jugak..hmmmm..orang lain yg kahwin..org lain pulak yg lebih2..hehehe..hairan melihat gelagat dan ragam mereka..

*baca dgn nada yg serius* XD

tengok!mcm mana Allah bezakan antara yg halal dan haram kepada pandangan manusia di sekeliling..maaf..aku juga bkn manusia sempurna yg berhak menilai baik dan buruk orang lain, bukan juga penimbang yg layak menilai pahala dan dosa seseorg..tidak juga pengukur yg boleh mengira ketinggian iman seseorg hamba kepada penciptanya..malah aku tidak layak sedikit pun utk mnntukan syurga neraka kpd insan bergelar manusia..aku pun hanya manusia biasa..tapi aku cuba utk luahkan rasa yg aku simpan dalam hati...
 moga2 aku,kau,dia dan mereka sama2 dapat menikmati rasa yg halal..nanti sama2 bahagia..Allah pon suka!=)

p/s: sekadar peringatan bersama..tidak ada kaitan dengan yg hidup atau yg telah meninggal dunia..hehehehe..tq sudi mmbaca..moga2 bermanfaat =)







Monday, May 13, 2013

Siapa Sangka?


siapa sangka?

siapa sangka org yg pernah buat jahat,akhirnya buat kebaikan?
siapa sangka org yg suka mnipu,akhirnya jadi seorg yg benar2 jujur?
siapa sangka org yg suka mncuri,akhirnya suka bersedekah n mnolong org?
siapa sangka org yg baik permulaan hidupnya berakhir dgn pengakhiran yg tidak diduga?
tiada sesiapa yg dapat jangka!

okaylah..jgn pening2 dgn ayat "siapa sangka" tu!=D
"hati.. Allah yg pegang,kalau DIA nak seseorang tu berubah,sekelip mata dia berubah.."
pernah dgr ayat ni?hmmm..*sapa pernah angkat tgn sekarang!*

apa yang aku nak sampaikan sekarang mgkin berkenaan dgn hidup kita..aku terfikir nak buat tajuk ni sebab satu perkara yg buat aku 'tersentap' pada suatu masa dhulu..aku punya kawan yg sangat2 rapat dgn aku..tapi  tiada siapa sangka dia yg pernah bertudung labuh..'free hair' sekelip mata..siapa sangka..dia yg selalu mnjejakkan kaki ke surau*geng surau la ni..hehe*, berani mnjejakkan kaki ke tempat maksiat..dia yang aku knal hebat bertazkirah, sekelip mata berubah suka mgeluarkan kata2 yg kesat..siapa yang pernah sangka dia yg sebaik-baik kawan..kini jadi sejahat-jahat musuh*maaf kawan,aku trpaksa gunakan ayat ni,kau igt aku sggup?*

aku terus jauhkan diri drpd dia..biarkan dia jatuh..sedangkan masa itu..dia benar2 perlukan nasihat dan bimbingan..dia makin jauh dgn Allah..aku tak pernah hiraukan dia lagi..aku percaya kata org..#kubur masing2..
lama jugak aku tak pernah ambil tahu pasal dia..suatu hari aku jumpa dia..tahu kat mana aku jumpa dia?tempat maksiat?tempat sosial?tempat hiburan?TAK!aku jmpa dia sedang mnangis di dalam surau ketika sedang berdoa kat sebuah MASJID..aku dekati dia..dia terus peluk aku..dia yg pernah aku kenal sekarang berpuluh kali ganda baik dari dia yg aku kenal mula2 dulu..
di fb..dia suka share pasal agama..dia tak lagi post gmbar2 yg mnjolok mata..sekejapnye dia berubah..sekelip mata..Allah pegang hati dia..tgoklah dia sekarang!alhamdulillah..=')

tgok?tiada siapa sangka dia akan berubah..jadi lagi..lagi..lagi dan lagi baik dari sebelumnya..kawan!doakan dia terus istiqamah..aku tak mahu dia tenggelam dlm maksiat lagi..MasyaAllah!Allah tu Maha Hebat!moga2 Dia akan selalu pegang hati kita..=)




Friday, April 19, 2013

Baitul Muslim

alhamdulillah..aku masih mmpu menaip lagi...=)

ermm..final exam sikit lagi habes..so kadang2 i have no time to update this blog..but today Allah gives chance for me to make a new post!
beberapa hari lepas..aku n kawan2 yang lain pergi mghadiri satu tazkirah pasal BAITUL MUSLIM..
ha!korang tau tak baitul muslim tu ape?

Hakikat sebenar, Baitul Muslim bukan sekadar itu, bahkan lebih dari itu. Baitul Muslim merupakan tangga kedua selepas individu Muslim. Selepas Baitul Muslim, barulah mujtama' Muslim, daulah Islamiyyah, khilafah Islamiyyah, dan akhirnya membentuk istazi'atul 'alam.





ermmm..nmpak tak baitul muslim tu?tapi ada antara kita yg masih lagi kat tangga individu muslim..moga2..anda semua boleh lah melangkah ke tangga seterusnya..aminnnn..=)
kata kakak usrah saya..setiap seorg drpd kita,pasti akan dpt jodoh..tidak di dunia..pasti di syurga..ha!happy tak?*blushing*
sbnarnya...saya sndiri pon baru tau pasal ni..*mujur masih ada kwn2 yg igtkan pasal semua ni*sob3..terima kasih..

berbalik cerita kat BAITUL MUSLIM ni..kita kena sedar ia bukan sekadar mmbina sebuah prkahwinan atau sebuah keluarga muslim..tapi ada yg lebih penting dari semua tu..berdasarkan apa yg saya paham kat ceramah haritu..selagi kita tak lulus kat individu muslim..kita tak akan naik ke baitul muslim..ha!macam mana nak lulus kat tangga individu muslim ni???haish..tak sabar nak naik ke tangga seterusnya ni~~ermm!nanti dulu!!look at yourself!

berjaya tak kita kat tangga individu muslim? kalau isu-isu umat Islam pon kita tutup mata..buat tuli telinga..tak suarakan apa2..berjayakah kita?
lulus tak kita kalau apa yg Allah suruh pon tak terbuat..lagi teruk kita tggl macam tu je..lulus tak kita?
*kena kat diri sendiri*
tanya balik diri kita..kita sibuk kejar bnda yg tak penting...sampai kita lupa apa matlamat hidup yg sebenarnya..
kita sibuk mencari kesalahan org lain..sampai kesalahan sendiri kita tak pernah ambik tahu..
kita leka cari kesenangan hidup kat dunia..tapi kita jarang ambil berat kesusahan org di sekeliling kita..
kita tahu ramai yg perlukan pertolongan kita..tapi kita buat tak endah..pentingkan diri..tak bertimbang rasa..

tanya..tanya..tanya balik diri kita..apa matlamat kita sebagai individu muslim sebenarnya..jom!masa masih ada..Allah bagi pinjam 24 jam kat kita..ambil masa renung SIAPA KITA..=)

p/s: maaf..saya juga masih belajar..kalau salah betulkan ye!=D

Friday, March 15, 2013

aku rindu kau lah!

haishhhh..tak tertahan hati ni mnanggung rindu..fuhh..*rasa tak lega*
aku rindu sume yg pernah singgah kat hati aku..cheeewahhhh..ayat novel terlaris ni!=D
i mean..i really miss my family..my old friends..my teachers..my school..tapi aku rindu kau jugak lah!
dan tidak aku lupa utk rindu hero umat ISLAM..Nabi Muhammad SAW..*jom selawat sama2*


"selagi belum halal, kita masih punya jarak"

nampak tak apa yg aku cuba sampaikan?ermm..tapi tulah..rindu yang tak halal ni..rasa macam tak best..sebab sumenya berlandaskan nafsu semata-mata..nauzubillah..jaga hati kami2 ni Ya Allah..kami tak kuat menahan fitrah ini..semoga jarak ni buat kita sedar kekurangan masing2..and one fine day..kalau ada jodoh....aku cari kau semula eh!=))
yang penting..cari cinta Allah dulu..nanti cinta manusia akan dtg sekali..


aku rindu jgk kat mereka2 ni..=')
*tiada dalam gambar tapi ada dalam hati: ALTIMA0711, P08, ASPURI MASHITOH, SBPIT

tak pernah hilang pon rasa rindu ni wlupon jmpe je diorg sume ni kat alam maya..haishhh..masing2 dok aktif kat FB n twitter..tapi tula..tak syok kot tak jmpe depan mata..tak terubat pon rindu ni..hehehehe..baru ni aku jmpa jgk budak2 PALAM..at least...jmpe jgk mereka2 yang aku rindu setengah mati ni..wlupon tak semua yg ade time tu..cukup lah yang ada tu buat aku igt memori dulu2..fuhhh..*sayu*


bila tgok gambar2 mcm ni..buat aku rase nak balik rumah!

aku ni pon satu jgk..da besar pon dok homesick2 lagi..eleeehhh..tapi aku hepi bila tau korang sume pon mesti ade pnyakit homesick mcm aku ni..kan3?*ntah2...aku sorang je*
tapi bila rindu family ni lain sbb bila kita rindu kita akan rasa tenang n damai je hati ni..aku pernah baca..bila kita selalu doa mak ayah kite..rezeki kita tak pernah akan putus..ermm..sooo true!jgn lupe doa utk mereka ye!

rasa rindu ni tak akan lengkap bila kita tak rindu pencipta kita..ALLAH..sebab Allah bagi perasaan rindu ni la....aku dapat buat post ni..haha..sbb ade perasaan ni la..kita dpt something yg..WOW!*speechless..tak tau nak ckp ape..*
rindu jgk Rasulullah yg mnjadi idola sepanjang masa buat kita..tanpa baginda..kita tak kan rasa ISLAM yg sebenar-benarnya..ALLAH n RASULULLAH..WE LOVE YOU!



Saturday, March 9, 2013

Omahaku~~

Deep in my heart..when time passed by..slowly..i realized that i fell in love with Omaha~~Falling in love is easy..staying in love is very special..wuuuuhhuuuuuuu!*ayat xbleh bla!









Saturday, March 2, 2013

fatih seferagic~~

bismillah~

alhamdulillah3..Today i woke up..I'm alive..I'm healthy..He gave me life..He made me strong..TQ Allah!=)
Have you ever heard this name? FATIH SEFERAGIC..he was born in GERMAN and lived in Texas,USA..and currently he is AL-HAFIZ and now teaching al-quran in Texas!He became al-hafiz at age of 12.Mabruk ya Fatih!i'm sooo jealous with you..
the first time when i know about him..i just think that he is a handsome boy with a great voice and it just that..=(
but i was wrong!

''Fatih Seferagic adalah seorang anak muda yang hebat. Saya menyedari kewujudannya melalui Facebook kira-kira dua tahun lalu. Khabarnya, beliau akan hadir ke Malaysia. Alhamdulillah.

Namun dalam sehari dua ini sangat banyak posting Facebook yang mengulas beliau sebagai perbandingan Justin Bieber, sama kacak namun Muslim dan hafiz al-Quran. Resah saya melihat perangai masyarakat kita, dalam hafazan al-Qurannya dan pelbagai kebaikan Fatih Seferagic, kita memilih sisi pandangan yang mengundang fitnah, menimbulkan bencana penyakit 'ain dan menyuburkan Talbis Iblis.

Ya Allah, lindungilah anak muda ini, dan jauhkan masyarakat kami daripada fitnah nafsu dan syaitan yang berbelit-belit di era seribu tahun selepas kewafatan Nabi sallallaahu alayhi wa sallam kami, ameen'' - ustaz Hasrizal Abdul Jamil 


nak cakap bahasa melayu pulak..hehe..bahasa mencerminkan bangsa!

betol kata2 ustaz ni..memang kita akan pandang rupa..lagi2 kaum HAWA macam aku nilah..mmg first2 tgok
"wah!!!hensemnye.."
"calon suami ni!"
tak salah nak minat sebenarnya..apakata kita semua pandang sisi yang tak membawa fitnah..banyak contoh dan kebaikan yang kita boleh ikut dari FATIH sebelum kelebihan rupa dia..muda2 dah hafal al-quran..so kite bila lagi?hehe..
then.muda2 dah ada semangat dakwah yg tggi..so..kita pon mesti bersungguh-sungguh nak bela agama dan jadi lagi baik drpd dia..pelihara iman..pelihara akhlak..ingat!minat sebab dia hnsem..suara sedap tak salah(sebab minat jgak!!=D)..tapi lihat positive side of him..

kita mesti selalu ingat..pujian itu menyemarakkan api neraka..kita tak tahu kalau dgn pujian kita terhadap FATIH akan buat dia megah dgn apa yang dia ada..nauzubillah..FATIH!kau kena kuat!kau mesti terus bela agama!kau mesti jadi qudwah hasanah utk remaja sebayamu!








p/s: teguran bersama..hehe..sebenarnya sebelum ni pon ada seorg insan yg aku gelar KAKAK yg mengingatkan aku perkara ni..terima kasih..hanya Allah yg mampu balas=)
pemuda pemudi Islam!moh lah kita pulak ye!=)



Thursday, February 7, 2013

aku bukan lagi setahun jagung~

Bila balik kampung..time cuti raya..cuti sem..lagi2 anak dara seusia aku..soalan femes yg selalu ditanya..bila nak kahwin??? nak jawab lebih2...maklumlah dgn org yg lebih tua bertanya..senyum malu2 jela yg mampu..then, aku ni pon satu..dok cakap pasal bina2 masjid@kahwin ni..naik la gatalnye tu!=P
seingat aku..beberapa tahun yg lepas..kalau aku cakap pasal kahwin..diorg dok kata...
 "umur setahun jagung..ade hati.."
tiba2..aku terpikir..tu dulu2.. masa setahun jagung~ time tu masih dlm proses menjadi matang...maksudnya sekarang aku dah melangkah ke satu fasa hidup yg baru!alhamdulillah!tahun depan da angka 2 di depan=="
20 tahun!!cepat je masa berlalu..=(

Tibe2 aku tersentap dgn satu soalan panas!
"agak2 kau hidup 19 thun kat dunia ni..layak ke kau ke syurga Allah?"
"dah cukup ibadah 19 tahun nak bantu kau ke syurga?"
"kalau nyawa kau ditarik saat dan ketika ini, rasa2 boleh ke kau jawab persoalan di kubur nanti?"

haish!risau pulak hati ni..19 tahun..ibadah ciput je kot..dup dap dup dap jantung ni..selama ni dok pikir nak kejar itu kejar ini..jarang2 pikir dan muhasabah diri..='(
cuba kita tanya diri kita..dalam masa kita hidup ni..apa je yang kita dah buat?
mampukah ibadah kita melayakkan kita ke syurga sedangkan kita sendiri tahu bagaimana sifat ahli2 syurga..
tak salah kita kejar apa yang kita nak..tapi kita mesti sntiasa ingat..ada sesuatu yg selalu mengejar kita!berlarilah ke hujung dunia sekalipun..kita takkan mampu lari lagi!percayalah..
kalau diberi pilihan..kita mesti akan pilih syurga..tapi mesti timbul rasa tak yakin yang kita boleh melangkah ke situ..
"aku ni banyak dosa..takkan cium bau syurga pon.."
tapi di akhirat kelak..kita hanya ada 2 pilihan..kalau kita rasa tak layak ke syurga..pilihan terakhir? bukankah neraka?ingat!tiada pagar antara syurga dan neraka..
tapi ALLAH MAHA PEMURAH..syurga tu sgt luas!jom masuk ramai2!=')
sebesar dan sebanyak mana pon dosa kita..ALLAH masih buka pintu taubat utk kita..
Allah is ready to forgive you!insyaAllah!