Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, May 26, 2013

Halal ke haram? Anda memilih!

oh indahnya pagi!alhamdulillah!

baru2 ni..diizinkan Allah utk aku pergi ke sebuah tmpat mmbeli belah di ibu kota (maaf,identiti tempat ini dirahsiakan kerana dikhuatiri akn tmbul perasaan riak = =' )
ermm..disebabkan poket yg mula menebalkan diri..dan keterujaan utk berjalan-jalan..bershopping sakanlah aku di situ sambil cuci2 mata =)

entah kenapa..terasa nak berjalan-jalan di tempat barangan dapur..then mata ni terhenti kat dua insan yg aku kira mgkin baru bergelar raja sehari..inai di jari si isteri pun masih merah lagi..barangkali ini baru pertama kali mereka keluar beli barangan dapur bersama2 kerana aku dpt lihat si isteri masih malu2..tak kurang juga si suami yang tersengih kerang sedari tadi..*apahal skema sgt ni mashitah?*
ah!jelesnya aku!aku teruskan berjalan dan biarkan mereka berdua merasai kenikmatan di jalan yg Allah redha..

jalan punya jalan tanpa kenal erti penat dan jemu..haish..kalau blajar cepat je mengalah dgn nafsu..kalau berjalan mmg no 1 la!mata aku trhenti lagi kat dua insan yg aku rasa mungkin mereka pasangan kekasih..gerak geri dan tindak tanduk mereka membuat aku berasa loya,mual2 dan terasa hendak pitam..barangkali penat berjalan dari pagi tadi jugak..hmmmm..orang lain yg kahwin..org lain pulak yg lebih2..hehehe..hairan melihat gelagat dan ragam mereka..

*baca dgn nada yg serius* XD

tengok!mcm mana Allah bezakan antara yg halal dan haram kepada pandangan manusia di sekeliling..maaf..aku juga bkn manusia sempurna yg berhak menilai baik dan buruk orang lain, bukan juga penimbang yg layak menilai pahala dan dosa seseorg..tidak juga pengukur yg boleh mengira ketinggian iman seseorg hamba kepada penciptanya..malah aku tidak layak sedikit pun utk mnntukan syurga neraka kpd insan bergelar manusia..aku pun hanya manusia biasa..tapi aku cuba utk luahkan rasa yg aku simpan dalam hati...
 moga2 aku,kau,dia dan mereka sama2 dapat menikmati rasa yg halal..nanti sama2 bahagia..Allah pon suka!=)

p/s: sekadar peringatan bersama..tidak ada kaitan dengan yg hidup atau yg telah meninggal dunia..hehehehe..tq sudi mmbaca..moga2 bermanfaat =)







Monday, May 13, 2013

Siapa Sangka?


siapa sangka?

siapa sangka org yg pernah buat jahat,akhirnya buat kebaikan?
siapa sangka org yg suka mnipu,akhirnya jadi seorg yg benar2 jujur?
siapa sangka org yg suka mncuri,akhirnya suka bersedekah n mnolong org?
siapa sangka org yg baik permulaan hidupnya berakhir dgn pengakhiran yg tidak diduga?
tiada sesiapa yg dapat jangka!

okaylah..jgn pening2 dgn ayat "siapa sangka" tu!=D
"hati.. Allah yg pegang,kalau DIA nak seseorang tu berubah,sekelip mata dia berubah.."
pernah dgr ayat ni?hmmm..*sapa pernah angkat tgn sekarang!*

apa yang aku nak sampaikan sekarang mgkin berkenaan dgn hidup kita..aku terfikir nak buat tajuk ni sebab satu perkara yg buat aku 'tersentap' pada suatu masa dhulu..aku punya kawan yg sangat2 rapat dgn aku..tapi  tiada siapa sangka dia yg pernah bertudung labuh..'free hair' sekelip mata..siapa sangka..dia yg selalu mnjejakkan kaki ke surau*geng surau la ni..hehe*, berani mnjejakkan kaki ke tempat maksiat..dia yang aku knal hebat bertazkirah, sekelip mata berubah suka mgeluarkan kata2 yg kesat..siapa yang pernah sangka dia yg sebaik-baik kawan..kini jadi sejahat-jahat musuh*maaf kawan,aku trpaksa gunakan ayat ni,kau igt aku sggup?*

aku terus jauhkan diri drpd dia..biarkan dia jatuh..sedangkan masa itu..dia benar2 perlukan nasihat dan bimbingan..dia makin jauh dgn Allah..aku tak pernah hiraukan dia lagi..aku percaya kata org..#kubur masing2..
lama jugak aku tak pernah ambil tahu pasal dia..suatu hari aku jumpa dia..tahu kat mana aku jumpa dia?tempat maksiat?tempat sosial?tempat hiburan?TAK!aku jmpa dia sedang mnangis di dalam surau ketika sedang berdoa kat sebuah MASJID..aku dekati dia..dia terus peluk aku..dia yg pernah aku kenal sekarang berpuluh kali ganda baik dari dia yg aku kenal mula2 dulu..
di fb..dia suka share pasal agama..dia tak lagi post gmbar2 yg mnjolok mata..sekejapnye dia berubah..sekelip mata..Allah pegang hati dia..tgoklah dia sekarang!alhamdulillah..=')

tgok?tiada siapa sangka dia akan berubah..jadi lagi..lagi..lagi dan lagi baik dari sebelumnya..kawan!doakan dia terus istiqamah..aku tak mahu dia tenggelam dlm maksiat lagi..MasyaAllah!Allah tu Maha Hebat!moga2 Dia akan selalu pegang hati kita..=)