siapa sangka?
siapa sangka org yg pernah buat jahat,akhirnya buat kebaikan?
siapa sangka org yg suka mnipu,akhirnya jadi seorg yg benar2 jujur?
siapa sangka org yg suka mncuri,akhirnya suka bersedekah n mnolong org?
siapa sangka org yg baik permulaan hidupnya berakhir dgn pengakhiran yg tidak diduga?
tiada sesiapa yg dapat jangka!
okaylah..jgn pening2 dgn ayat "siapa sangka" tu!=D
"hati.. Allah yg pegang,kalau DIA nak seseorang tu berubah,sekelip mata dia berubah.."
pernah dgr ayat ni?hmmm..*sapa pernah angkat tgn sekarang!*
apa yang aku nak sampaikan sekarang mgkin berkenaan dgn hidup kita..aku terfikir nak buat tajuk ni sebab satu perkara yg buat aku 'tersentap' pada suatu masa dhulu..aku punya kawan yg sangat2 rapat dgn aku..tapi tiada siapa sangka dia yg pernah bertudung labuh..'free hair' sekelip mata..siapa sangka..dia yg selalu mnjejakkan kaki ke surau*geng surau la ni..hehe*, berani mnjejakkan kaki ke tempat maksiat..dia yang aku knal hebat bertazkirah, sekelip mata berubah suka mgeluarkan kata2 yg kesat..siapa yang pernah sangka dia yg sebaik-baik kawan..kini jadi sejahat-jahat musuh*maaf kawan,aku trpaksa gunakan ayat ni,kau igt aku sggup?*
aku terus jauhkan diri drpd dia..biarkan dia jatuh..sedangkan masa itu..dia benar2 perlukan nasihat dan bimbingan..dia makin jauh dgn Allah..aku tak pernah hiraukan dia lagi..aku percaya kata org..#kubur masing2..
lama jugak aku tak pernah ambil tahu pasal dia..suatu hari aku jumpa dia..tahu kat mana aku jumpa dia?tempat maksiat?tempat sosial?tempat hiburan?TAK!aku jmpa dia sedang mnangis di dalam surau ketika sedang berdoa kat sebuah MASJID..aku dekati dia..dia terus peluk aku..dia yg pernah aku kenal sekarang berpuluh kali ganda baik dari dia yg aku kenal mula2 dulu..
di fb..dia suka share pasal agama..dia tak lagi post gmbar2 yg mnjolok mata..sekejapnye dia berubah..sekelip mata..Allah pegang hati dia..tgoklah dia sekarang!alhamdulillah..=')
tgok?tiada siapa sangka dia akan berubah..jadi lagi..lagi..lagi dan lagi baik dari sebelumnya..kawan!doakan dia terus istiqamah..aku tak mahu dia tenggelam dlm maksiat lagi..MasyaAllah!Allah tu Maha Hebat!moga2 Dia akan selalu pegang hati kita..=)
Hidayah milik Allah,
ReplyDeleteDatangnya ia tidak mengira masa,
Namun yang bezanya adalah,
Untuk menggengam atau melepaskan ia.